Seoul-Summary & Tips (Part II)

Sambung sikit pasal subway, kalau tengok route die tu memang nampak macam serabut since diorang ada >9 line. Kalau kat KL ni macam 2 line la, LRT Putra & Star. Tapi yg bagusnya, boleh pergi semua tempat naik subway je.

Dlm Arex

Kat bawah ni contoh cara-cara nak pergi dari Seoul Station (Line 1) ke Gwanghamun (Line 5). Since line tak sama, so kena transfer train nanti. So dari Seoul Station tu pilih mana-mana stesen yang ada pertembungan dgn Line 5. Contohnya macam kat bawah ni, transfer di stesen Jongno (3) sam-ga.

Boleh refer sini untuk dapat info macam kat atas. Siap ada info stesen mana kita boleh buat transfer, fare dan masa perjalanan.

Masa nak pilih stesen untuk transfer tu, kadang-kadang ada few options, so pilih mana yg rasa dekat dan sesuai. Sign dekat subway ada both Korean and English, sound system dlm train pun ada both. So tak payah risau takut terlepas station.

4) Hotel/Accommodation

Kitorang stay kat Seoul Hostel, 10 mins walking distance from subway station (Jogno 3 ga), 15 mins to Insadong. Seoul Hostel adalah basic hostel, dalam bilik ada katil, tv, fridge, aircond, private bathroom, underfloor heating system. Masa pergi tu dah nak masuk winter, so selalu panaskan badan duduk kat lantai bilik. Tapi bile malam kitorang on aircond sebab panas. Pelik. ;p Water heater untuk masak/minum (Nescafe 3-in-1 provided), PC untuk internet access dekat floor bawah. Towel diorang provide small towel je mcm face towel tu. Kalau nak tukar towel, atau nak plastic sampah kena turun dan mintak kat receptionist. Sampah pun kena buang sendiri kat floor bawah. Since kitorang pun selalu keluar pagi and balik malam so kire dah good enough untuk tidur dan rest.

Recommended jugak kalau nak stay kat sini since tempat die strategik, dekat dengan most attractions, convenience store & subway station pun dekat, dan hostel pun bersih.

5) The people and culture

Mostly Korean people yang kitorang jumpe friendly and helpful even most of them tak pandai English. First night mase baru sampai tu kitorang menggagau carik hotel. Map dah print, in Korean words too, nampak senang tapi sesat je jugak sebab tak biasa lagi. Masa tu dah almost 1130pm local time, ada sorang pakcik ni gigih gila tolong carikkan hotel tu even die sendiri pun tak tau tempat. Siap guna phone GPS. Adalah dlm 30mins jugak die tolong kitorang sampai jumpa hotel tu. The weird thing is, even masa tu dah almost midnight, kat negara orang sesat-sesat pulak tu, I still feel safe. Even kat lorong-lorong belakang kedai bila lalu bersih je and tak dodgy sangat.

Seoul adalah sangat bersih dan susah nak nampak sampah. Actually tong sampah pun susah nak nampak sebenarnye, so kalau mcm resit atau plastik2 kecik ke sumbat dlm beg dulu bile kat bilik baru buang, itu pun kalau teringat. Ehehe. Lagi satu public toilet dorang walaupun tak guna air, tapi memang takde bau busuk, compare dengan toilet kite yg guna air, suppose takde la bau2 kan?

Kejadian yg paling kagum masa kat sana adalah phone tertinggal dlm bus dan dapat balik within half an hour je. Dahsyat kan? Phone Kabe tertinggal dalam airport shuttle bus, bila sedar tu terus pergi report dekat Lost and Found counter kat airport. So dalam 20-30mins macam tu, die pulangkan balik. Kalau kat KL tu, memang takde harapan dah la.

Rasanya memang tak payah risau sgt utk travel without tour guide. Seoul is one interesting city dan lebih menarik lagi kalau kite dpt jalan on their streets, experience their lifestyle, discover interesting places by our own. Even ada language barrier, most Korean are helpful, so jgn takut untuk tanya kalau sesat. Cumanya akan adalah adegan ‘ayam dan itik’ nanti. Sebab diorang akan explain sepenuh hati even kita tak faham sepatah haram pun apa die cakap. Hehe

6) Budget

Flight ticket (Promo Air Asia) : RM 754 (inclusive 15kg baggage return + in-flight meal return)
Hostel: +/- RM400 for 7 nights
Transport/T-Money(Subway+Bus):  +/-KRW 40,000 for 7 days + KRW 2,500 (T Card-refundable)

Entrance/admission fee:

Ni tempat2 yang kitorang pergi masa kat sana. So kalau ada tempat lain nak pergi mcm Hangang River Cruise, boleh la tambah-tambah ikut budget.

Everland:  KRW 38,000
Nami Island: KRW 8,000 (round trip ferry included) + Bicycle for 30mins KRW 3,000 (optional)
Integrated ticket for palaces: KRW 10,000
MBC Studio: KRW 2,500
N Seoul Tower + Teddy Bear Museum: KRW 14,000
Seoul City Tour Bus: KRW 10,000
-Tour bus ni basically tour to popular attractions around Seoul. From Royal Palace-Heritage Scene-Shopping Attractions. Ada 26 stops, bus pulak every 30mins. So boleh hop on and off kat mana-mana stop yg kita nak, then amek the next bus to the next stop. Kitorang tak amek pun tour ni, but definitely akan amek on my next visit there. More info boleh refer kat sini atau official website.

Food:
Boleh budget around KRW 20,000 per day (~RM 60). Per set meal kat sana around KRW 6,000-8,000. Contohnya set burger+air+fries kat Burger Cafe, Everland = KRW 6,800. Boleh jugak refer post kat sini utk dapat rough idea harga makanan kat sana.

Contoh harga barang-barang kat convenience store + coffee shop + etc : Roti buku 20 keping (KRW 2,100), Pringles (KRW 2,200), Coffee (KRW 3,000), waffle (KRW 3,000).

Boleh bawak jugak instant food macam maggi, bubur nasi, serunding, biskut, Campbell soup, milo 3-in-1, canned tuna. First few days tu kitorang memang depends on those food sebab belum discover Itaewon lagi, dan itinerary pack dgn berjalan. Kalau rajin bolehlah turun Itaewon hari-hari sebab kat sana banyak choice makanan halal.

7) Tips and MISC

*Currency: Korean Won. KRW 1000 ~ RM 3. Exchange rate paling rendah masa tukar duit boleh dapat: 2.82
*Sejam awal dari waktu malaysia
*November temperature:  10 degree to -4 towards end of the month. Autumn nak masuk winter masa ni. So boleh nampak byk daun maple kering jatuh2.
*Toilet takde hose, so sila bawak botol untuk letak air dan wet tissue for maximum hygiene
*Try approach student kalau nak tanya directions, sebab some of them pandai English. Tapi yg old citizens even tak pandai, sangat2 la helpful.
*Kalau print map, contohnya map hotel ke, try untuk print dlm Korean words, so kalau sesat senang untuk orang sana faham dan bagi directions. At least dorang tau kita nak pergi mana.
*Subway kat sana system lama, takde lif so memang banyak lah turun naik tangga masa kat sana, especially bila nak tukar line tu. Kalau dari airport atau nak ke airport, better amek bus so takyah nak tarik beg turun naik tangga.
*Wireless bersepah-sepah, even dalam subway pun ada.

Lastly, some of the souvenirs I bought.

Stuff from The Face Shop, T-shirt, silk, brooch, etc

The left one in pink box tu stick perfume. Packaging comel so beli. Ehehe

Fridge magnet (KRW 2,000/pc), nail clipper (KRW 8,000 = 10pc), chopstick (KRW 5,000), bookmark/letter opener

Coin purse, lens cleaner, mug & tumbler

Sekian. 🙂

Seoul-Summary & Tips (Part I)

Disclaimer: This post is for my own reference and also others who may find it useful.

Basically post ni akan bercerita tentang budget & prices, places of attractions, directions & landmarks, and some tips. Plan pergi Seoul ni actually start masa Air Asia punya promo. Saja-saja tanya one of my friend yg selalu travel, “Tahun ni pergi mana?” Die cakap, “Seoul.” Tiba-tiba rasa nak ikut pulak. So beli tiket AA masa promo, and kitorang pun start plan for the trip. Tiket beli bulan 4 2011, travel bulan 11 2011. Memang sangat banyak masa untuk buat research and survey.

1) Useful website:

Visit Seoul & Hi Seoul. They have suggested itineraries and places of attractions kat sana. So boleh try tengok suggested course and just follow je route yang dia bagi. For example, Shopping Route for Shopaholics, City Walking Tour, City Walking Tour 2. Kalau rasa macam taknak pergi semua pun takpe, maybe boleh combine 2 course in 1 day and pergi tempat yg mana korang suka je.

2) Must-go Places:

  • Nami IslandTempat shooting Winter Sonata
  • EverlandEntertainment & Theme Park
  • Palaces: Gyeongbokgung & Changdeokgung (Secret Garden)
  • N Seoul Towerbeautiful night view of Seoul & “Locks of Love”
  • Shopping-Namdaemun (clothes, shoes, Korean brooch), Insadong (antique, souvenirs), Dongdaemun (clothes), Myeongdong (clothes,shoes,cosmetics), Kwangjang Market (fabrics).
  • Gwanghamun Square
  • Namsangol Hanok Village/Bukchon Hanok Village
  • Hangang River-Night cruise
  • War Memorial of Korea
  • Itaewon-Seoul Central Mosque

Info untuk semua tempat kat atas ni boleh carik kat dua website tu. Kalau macam palaces tu, boleh beli integrated ticket for 4 palace, 1 shrine (pic as below). Tapi takyah pergi semua pun takpe, since palace dia sangatlah besar. Atau boleh jugak beli individual ticket for each palace. Ticket dorang jual kat booth kat pintu masuk.

Integrated ticket

Insadong & Ssamziegil adalah tempat yg sangat menarik untuk beli souvenirs. Kitorang pergi sini sampai dua kali since dekat dengan hostel. Boleh spend half day kat sini je.

Shops @ Ssamziegil

Street shops @ Itaewon

Namdaemun Market ni mcm Petaling Street. Besar gila and ada banyak gate. Kalau nak beli Korean brooch and accessories, diorang jual dekat satu building wholesale ni. Tak ingat nama dia apa. Harga satu set (brooch besar + kecik) dalam KRW4,000 = RM12. Depends besar mana brooch yg korang pilih.

Kwangjang Market ni jual silk and fabrics mcm cotton. Silk ada dua jenis washable and dry cleaning punya. Washable silk tu dorang cakap actually bukan silk, dorang panggil polyester. Harga paling murah untuk 4 meter boleh dapat KRW 8,000 = RM 24. Yg dry cleaning (100% silk) punya dalam RM250-300. Kedai dia pun banyak gila so kena rajin survey harga. Kat sini jugak ada jual material mcm beads, buttons, kain lace untuk decorate baju.

Dangdaemun & Myeongdong kitorang tak sempat pergi tapi yang pasti Dongdaemun tu memang syurga baju-baju. Kat Dongdaemun ada satu building, Pyong Hwa Clothing Market. Kat sini memang satu bangunan bajuuuu je. Tapi masa kitorang pergi dah malam so banyak kedai dah tutup. So advisable untuk pergi siang before 5pm. Myeongdong pulak orang cakap tempat untuk fan K-Pop. Ada satu building 4 tingkat, SPAO yang jual merchandise yang diasaskan oleh Super Junior dan Girls Generation. Cuba try google picture Myeongdong so boleh dapat rough idea macam mana keadaan kat sana.

Pic credit to Mahir 🙂

Itaewon pulak adalah syurga makanan halal. Boleh refer post sebelum ni. Kebab, makanan Arab, Korean food sume boleh carik kat sini. Kat sini banyak foreigners, so be extra careful with your belongings. Malam pun agak bahaya nak jalan kat sini sebab ada banyak club jugak. Dan jangan lupa untuk singgah Seoul Central Mosque. 🙂 Oh sila try ice cream dekat Cold Stone Creamery sbb dia ada gadget best. Hehe

Your order is ready! 🙂

Kedai Souvenir best @ Itaewon

3) Transportation-Subway

First thing to do bila sampai sana, beli T-Money. Kat mana-mana convenience store biasa ada jual. T-Money ni macam kad TnG. Boleh guna bila naik bus, subway. So memang sangat useful and senang untuk gerak ke mana-mana, plus ada discount KRW 100 compare to normal single journey ticket. Kad tu macam kad bawah ni. Harga kad KRW2,500, pastu nanti leh topup value dalam tu.

T-Money

Yang bawah ni pulak single journey ticket. Kitorang beli ni sebab masa sampai tu tak sempat nak beli T-Money, banyak kedai dah tutup.

*Tips: Tiket ni sila simpan sebab boleh refund untuk dapat balik KRW 500. Just pergi je kat mana-mana refund machine ticket kat subway station, masukkan kad tu, and akan dapat balik refund KRW 500 tu.

Kat bwh tu ada remarks cara2 untuk dapatkan refund

Most of the place kat Seoul are accesible by subway. So memang takyah risau pasal transport.  Sila print hard copy subway route diorang. Boleh print kat sini. Really2 helpful to plan your day. Masa plan itinerary, make sure setiap tempat yang nak dituju, mesti tulis and buat remarks line mana nak naik, station mana nak berhenti and exit mana nak keluar. For example, nak pergi Insadong: Subway Line 1, Jonggak Station, Exit 3. So maksudnya kat sini, kena amek Line 1 (Blue Line), berhenti kat Jonggak Station, and carik Exit 3. Normally setiap station dia akan ada few exits. So penting untuk tau exit mana nak keluar so that takyah menggagau bila keluar nanti.

Kat website ni jugak boleh tau fare for every destination yang nak pergi. So boleh estimate budget for transport. Macam kitorang haritu, topup T-Money KRW30,000 terus untuk 6 hari. So pergi mana-mana memang guna tu je. Kalau rasa tak cukup then boleh topup lagi.

**to be continued

Food for the S(e)oul

Nasi Goncang @ Nami Island (KRW 5,000)

Banana & Choc Ice Cream @ Everland (KRW 2,700)

Kebab, Pasha @ Itaewon (KRW 8,400/Large Set)

Mutton Briyani, Dubai Restaurant @ Itaewon (KRW 13,000)

Mandi, Dubai Restaurant @ Itaewon (KRW 16,000)

Lupa nama, Korean Muslim Food Restaurant @ Itaewon (KRW 10,000-15,000/set)

Tips:
Syurga makanan halal adalah di Itaewon. Berhenti di station Itaewon, exit 3, jalan terus. Kat situ boleh jumpa Dubai Restaurant (above Dunkin Donuts), Pasha Kebab (next to Starbucks Coffee), Korean Muslim Food Restaurant dekat lorong on the way pergi Masjid Itaewon.

Seoul I

7am in Seoul

Street's shop I

Street's shop II

Coffee shop

Crafts @ Insadong Street

Ssamzie-gil @ Insadong street

MBC Studio

N Seoul Tower

Locks of love @ N Seoul Tower

Locks of love + night view

Nami Island I

Nami Island II

Nami Island III